Sunday, December 6, 2009

Memo Keselamatan & Kebersihan

KESELAMATAN

1. Setiap peserta hendaklah menetap di rumah keluarga angkat yang telah ditetapkan.
2. Setiap peserta perlu bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing setiap malam sepanjang program berlangsung.
3. Setiap peserta dilarang sama sekali mengubah tempat tinggal yang telah ditetapkan melainkan setelah mendapat kebenaran guru pengiring.
4. Setiap epserta mestilah menjaga & memelihara barang kepunyaan keluarga angkat dengan sebaiknya.
5. Sebarang kecederaan yang memerlukan rawatan hendaklah dilaporkan kepada AJK Keselamatan program.
banin: Mohsein
banat: Syifa'
6. Setiap malam sebelum tidur, setiap ketua kumpulan perlulah menghantar laporan keselamatan.
Taip LA BN/BT (banin/banat) no kumpulan P/K (cukup/kurang) bilangan ahli (laporan lain) dan hantarkan kepada AJK Keselamatan.
Contoh: LA BN1 P5 (kluarga angkt bw jln2 pkl 3 pg)
7. Setiap peserta mestilah membuat pagar rohani setiap kali sebelum tidur.
8. Ketua kumpulan bertanggungjawab menjaga keselamatan ahli kumpulan masing-masing.

KEBERSIHAN

9. Setiap peserta mestilah menjaga kebersihan rumah keluarga angkat.
10. Setiap kali selepas aktiviti, kumpulan yang telah ditetapkan hendaklah memastikan kawasan tersebut dalm keadaan bersih mengikut jadual membersihkan tempat.

JADUAL MEMBERSIHKAN TEMPAT

Selasa, 081209 : kump 1, kump 2 & separuh kump 3
Rabu, 091209 : kump 4, kump 5 & separuh kump 3
Khamis, 101209 : kump 6 & kump 7
Jumaat, 111209 : kump 8, kump 9 & separuh kump 10
Sabtu, 121209 : kump 11 & kump 12
Ahad, 131209 : kump 13, kump 14 & separuh kump 10

*Memo ini akan diberikan kepada setiap kumpulan, insyaAllah

No comments:

Post a Comment