Sunday, December 6, 2009

Memo Keselamatan & Kebersihan

KESELAMATAN

1. Setiap peserta hendaklah menetap di rumah keluarga angkat yang telah ditetapkan.
2. Setiap peserta perlu bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing setiap malam sepanjang program berlangsung.
3. Setiap peserta dilarang sama sekali mengubah tempat tinggal yang telah ditetapkan melainkan setelah mendapat kebenaran guru pengiring.
4. Setiap epserta mestilah menjaga & memelihara barang kepunyaan keluarga angkat dengan sebaiknya.
5. Sebarang kecederaan yang memerlukan rawatan hendaklah dilaporkan kepada AJK Keselamatan program.
banin: Mohsein
banat: Syifa'
6. Setiap malam sebelum tidur, setiap ketua kumpulan perlulah menghantar laporan keselamatan.
Taip LA BN/BT (banin/banat) no kumpulan P/K (cukup/kurang) bilangan ahli (laporan lain) dan hantarkan kepada AJK Keselamatan.
Contoh: LA BN1 P5 (kluarga angkt bw jln2 pkl 3 pg)
7. Setiap peserta mestilah membuat pagar rohani setiap kali sebelum tidur.
8. Ketua kumpulan bertanggungjawab menjaga keselamatan ahli kumpulan masing-masing.

KEBERSIHAN

9. Setiap peserta mestilah menjaga kebersihan rumah keluarga angkat.
10. Setiap kali selepas aktiviti, kumpulan yang telah ditetapkan hendaklah memastikan kawasan tersebut dalm keadaan bersih mengikut jadual membersihkan tempat.

JADUAL MEMBERSIHKAN TEMPAT

Selasa, 081209 : kump 1, kump 2 & separuh kump 3
Rabu, 091209 : kump 4, kump 5 & separuh kump 3
Khamis, 101209 : kump 6 & kump 7
Jumaat, 111209 : kump 8, kump 9 & separuh kump 10
Sabtu, 121209 : kump 11 & kump 12
Ahad, 131209 : kump 13, kump 14 & separuh kump 10

*Memo ini akan diberikan kepada setiap kumpulan, insyaAllah

Saturday, December 5, 2009

Barang yang haram dibawa

  • pakaian tidak menutup aurat
  • rokok/dadah
  • objek tajam dan bahaya (cth: pisau lipat, lighter)
  • komik/majalah/cd yang tidak sepatutnya.

Barang yang perlu bawa (BANIN)

  • al-quran
  • kad pengenalan
  • kasut (contoh: kasut jalan, kasut sekolahatau kasut lain2. utk lawatan ke USM)
  • baju formal (kemeja, t-shirt berkolar)
  • kasut bola (lawan bola di sana)
  • baju yang mencukupi
  • seluar juga begitu
  • selipar/sandal
  • baju melayu serta kain pelikat (untuk dipakai semasa solat di masjid/surau)

*senarai diatas hanyalah cadangan sahaja. suka hati nak bawa berapa, kurang atau lebih. ikut mana yang selesa dan sesuai.

Thursday, December 3, 2009

Peraturan umum Wafdul Amin 2009

1. peserta perlulah bersikap sopan santun, menghormati satu sama lain dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
2 peserta perlulah menjaga adab berpakaian, pergaulan dan penampilan
3. segala kemusnahan, kerosakan dan kemalangan tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur
4.peserta diwajibkan menghadiri semua program kecuali atas sebab2 tertentu dengan kebenaran pihak penganjur
5. peserta dilarang sama sekali meninggalkan kawasan program kecuali atas sebab2 tertentu dengan kebenaran pihak penganjur
6. peserta perlulah menepati masa dan tiba 15 minit awal sebelum program bermula
7.peserta perlulah patuh akan arahan pihak penganjur
8. mana-mana peserta peserta yang didapati melanggar arahan/peraturan akan dikenakan hukuman oleh pihak penganjur
9. peraturan ini boleh dipinda oleh pihak penganjur mengikut kesesuaian dan keadaan

Wednesday, December 2, 2009

Perhatian

Kepada semua peserta Wafdul Amin 2009, diminta kerjasama anda untuk menyediakan 2 botol besar dan 2 botol kecil setiap seorang dan sila serahkan kepada Muhammad Nurhilmi B Zainal Abidin pada 7hb Disember, ketika meeting terakhir Wafdul Amin nanti. Botol-botol ini diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sana. Kerjasama anda amatlah diperlukan.

Terima Kasih.